JOM KENALI TADABBUR NI ADAKAH SAMA SEPERTI TAFSIR AYAT AL-QURAN?
Tafsir lebih kepada menyingkap maksud dan makna daripada ayat-ayat Al-Quran .
Tadabbur ialah refleksi daripada apa yang difahami dari ayat-ayat Al-Quran.
KENAPA PERLUNYA TADABBUR?
Sekiranya semua manusia setiap hari, setiap bulan, setiap tahun membaca Al-Quran malah berkali-kali khatam tapi tidak langsung memberi kesan itu bermakna hati manusia itu lebih keras daripada BATU DI GUNUNG.
Berkali-kali ulang ayat Al-Quran tanpa menghayati dan tanpa keluar setitis pun air mata akhirnya Allah sangat MENCELA ahli kitab ini sebab tidak khusuk, tunduk dan mematuhi ajaran dalam kitab tersebut. Allah ada MENCELA golongan ini dalam surah AL-HADID AYAT KE16:
۞ أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”
Huraian: Ayat Al-Quran ini sebenarnya Allah nak mencela orang-orang beriman yang jadi ahli kitab bila baca quran tak tersentuh, tak tergerak dan tak rasa bersalah walaupun melakukan dosa yang banyak. Bila baca quran mengenai ayat azab allah, tentang neraka tetapi langsung tidak ada perasaan bila lagi hati orang beriman nak khusyuk bila dibaca ayat-ayat Al-Quran, apa kebenaran yang diturunkan daripada hadis-hadis sunah-sunah Rasulullah SAW. Jangan sesekali jadi orang yang diberi kitab tetapi akhirnya dalam tempoh yang lama mereka tinggalkannya dan hatinya menjadi keras lagi kesat kerana sekadar membaca tetapi tidak Menghayati dan tak jadikan panduan dalam hidup.
KENAPA PERLUNYA BETULKAN TAJWID DAN TADARUS?
Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan membaca Al-Quran yang menjamin kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat, antaranya ialah firman Allah Taala dalam Surah al-Fatir ayat 29 dan 30:-
Maksudnya:“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.”
Dalam hadith riwayat Uthman bin Affan r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:-
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mengajarnya.” (Sahih Bukhari)
Dalam masa hayat Rasulullah s.a.w. Al-Quran dibacakan dengan penuh khusyuk dan bertajwid. Bacaan baginda penuh menggambarkan pengertian dan maksud-maksud yang dikehendaki. Oleh kerana itu pembaca-pembaca al-Quran hendaklah membaca sebagaimana bacaan Rasulullah s.a.w. supaya Kitab itu selalu memberi kesan dan pengaruh kepada pembaca dan pendengarnya. Nabi Muhammad s.a.w. telah pun bersabda:
Maksudnya:“Sesiapa yang membaca al-Quran menurut lidah yang terang (fasih) ia memperolehi 20 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibacanya, dan sesiapa yang membaca al-Quran dengan sebutan bukan arab adalah ia memperolehi 10 ganjaran kebajikan dengan setiap huruf yang dibaca.”