AL-QURAN TAGGING UKIRAN NAMA NO 1 MALAYSIA

Tentang eNUUR

header banner 2

eNUUR Sdn Bhd

9 Tahun Penubuhan Syarikat

eNUUR Sdn Bhd ialah peneraju Al-Quran Tagging di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Mac 2017 dengan tagline “Always Be Calm”. Kami percaya ketenangan sebenar hadir apabila hati kembali dekat dengan Allah.

Melalui Al-Quran Tagging dan pelbagai produk healing Islamik, eNUUR berusaha membantu wanita menghadapi cabaran emosi, menemukan kekuatan serta membina ketenangan jiwa berpandukan kalam Allah. Hari ini, produk eNUUR bukan sahaja dipercayai di Malaysia, malah turut mendapat permintaan dari pelbagai negara di seluruh dunia seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Dubai, Jepun, Switzerland, Perth, Mesir, Melbourne, Australia dan Austria.

Perjalanan 
Kejayaan 
eNUUR

Selain itu, Al-Quran Tagging eNUUR Sdn Bhd juga pernah mendapat liputan dalam rancangan “Assalamualaikum” di TV AlHijrah sempena Hari Nuzul Quran pada tahun 2018.

Pada tahun 2019, pengasas eNUUR Sdn Bhd turut menerima Anugerah Ikon Usahawan sempena Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Kota Bharu.

Bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk sentiasa terjamin, eNUUR memilih pembekal Al-Quran daripada syarikat yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi setiap percetakan mushaf Al-Quran.

Pada Julai 2020, eNUUR Sdn Bhd mula menyertai program TITAN di bawah bimbingan RichWorks International Sdn Bhd. Alhamdulillah, pada Oktober 2021, eNUUR berjaya mencapai status GLADIATOR dengan pencapaian jualan melebihi RM10 juta dalam tempoh setahun.

Lebih membanggakan, pada 19 Jun 2021, selepas genap 4 tahun beroperasi secara atas talian, eNUUR turut menerima anugerah The BrandLaureate World Halal Best Brand e-Branding Award bagi kategori Lifestyle Personalised Quran Craft 2021.

Pencapaian ini menjadi bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama eNUUR serta komitmen syarikat dalam menghasilkan produk Islamik yang berkualiti, eksklusif dan penuh makna.

Pada tahun 2021, eNUUR turut menerima Titanium Circle Top 50 SME Award dan Gladiator Award sebagai pengiktirafan terhadap prestasi, pertumbuhan serta ketahanan syarikat dalam dunia perniagaan. Terbaharu, eNUUR juga menerima The Titan Growth Award 2025 atas pencapaian pertumbuhan jualan yang memberangsangkan sepanjang tahun 2025. Kesemua pencapaian ini menjadi bukti kepercayaan pelanggan terhadap eNUUR serta komitmen syarikat untuk terus menghasilkan produk Islamik dan healing yang berkualiti, eksklusif serta memberi makna kepada kehidupan.

Anugerah eNUUR

Alhamdulillah Segala Puji-Pujian Hanya Kepada Allah

Anugerah Ikon Usahawan (2019)

Anugerah daripada Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) Kota Bharu Kelantan sempena Hari Sayyidatina Khadijah 2019.

Titanium Circle Top 50 SME Award (2021)

Pengiktirafan kepada eNUUR sebagai salah satu jenama SME yang menunjukkan prestasi cemerlang, perkembangan positif dan potensi besar dalam industri.

The Brandlaureate World Halal Best Brand E-Branding Award (2021)

Kategori Lifestyle Personalised Quran Craft

The Titan Growth Award (2025)

Sebuah pengiktirafan istimewa yang diberikan kepada Titan yang berjaya mencatat peningkatan jualan 3% dan ke atas sepanjang tahun 2025, diberikan oleh Richworks International Sdn Bhd.

Gladiator Award (2021)

Pengiktirafan kepada syarikat yang menunjukkan ketahanan luar biasa, semangat juang yang tinggi serta prestasi cemerlang dalam menghadapi cabaran perniagaan.

Staf eNUUR

Di sebalik setiap produk eNUUR, terdapat sebuah pasukan yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Daripada proses pemilihan produk, ukiran nama, pembungkusan sehingga penghantaran, setiap tugasan dilakukan dengan penuh teliti dan amanah bagi memastikan setiap pesanan sampai dalam keadaan terbaik. Pasukan eNUUR bukan sekadar bekerja untuk menjual produk, tetapi membawa satu misi yang lebih besar iaitu membantu lebih ramai insan mendekati Al-Quran dan menemui ketenangan melalui produk-produk Islamik yang bermanfaat. Dengan semangat “Always Be Calm”, warga eNUUR sentiasa komited untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan serta terus menyebarkan manfaat, inspirasi dan ketenangan kepada masyarakat.
Nak Walk In?

Boleh. Kami di sini..

Lot 5094, Kilang IKS Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Working Hours:

9:00 am. – 5.00 pm.

Ahad - Khamis

Updating…
  • No products in the cart.