
eNUUR Sdn Bhd
9 Tahun Penubuhan Syarikat
eNUUR Sdn Bhd ialah peneraju Al-Quran Tagging di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Mac 2017 dengan tagline “Always Be Calm”. Kami percaya ketenangan sebenar hadir apabila hati kembali dekat dengan Allah.
Melalui Al-Quran Tagging dan pelbagai produk healing Islamik, eNUUR berusaha membantu wanita menghadapi cabaran emosi, menemukan kekuatan serta membina ketenangan jiwa berpandukan kalam Allah. Hari ini, produk eNUUR bukan sahaja dipercayai di Malaysia, malah turut mendapat permintaan dari pelbagai negara di seluruh dunia seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Dubai, Jepun, Switzerland, Perth, Mesir, Melbourne, Australia dan Austria.
Selain itu, Al-Quran Tagging eNUUR Sdn Bhd juga pernah mendapat liputan dalam rancangan “Assalamualaikum” di TV AlHijrah sempena Hari Nuzul Quran pada tahun 2018.
Pada tahun 2019, pengasas eNUUR Sdn Bhd turut menerima Anugerah Ikon Usahawan sempena Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Kota Bharu.
Bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk sentiasa terjamin, eNUUR memilih pembekal Al-Quran daripada syarikat yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi setiap percetakan mushaf Al-Quran.
Pada Julai 2020, eNUUR Sdn Bhd mula menyertai program TITAN di bawah bimbingan RichWorks International Sdn Bhd. Alhamdulillah, pada Oktober 2021, eNUUR berjaya mencapai status GLADIATOR dengan pencapaian jualan melebihi RM10 juta dalam tempoh setahun.
Lebih membanggakan, pada 19 Jun 2021, selepas genap 4 tahun beroperasi secara atas talian, eNUUR turut menerima anugerah The BrandLaureate World Halal Best Brand e-Branding Award bagi kategori Lifestyle Personalised Quran Craft 2021.
Pencapaian ini menjadi bukti kepercayaan pelanggan terhadap jenama eNUUR serta komitmen syarikat dalam menghasilkan produk Islamik yang berkualiti, eksklusif dan penuh makna.
Anugerah eNUUR
Alhamdulillah Segala Puji-Pujian Hanya Kepada Allah
Anugerah Ikon Usahawan (2019)
Anugerah daripada Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) Kota Bharu Kelantan sempena Hari Sayyidatina Khadijah 2019.
Titanium Circle Top 50 SME Award (2021)
The Brandlaureate World Halal Best Brand E-Branding Award (2021)
The Titan Growth Award (2025)
Gladiator Award (2021)
Staf eNUUR




