Kerap kali menanda pada Al Quran tentang ayat-ayat tertentu ketika menghadiri ceramah agama yang menerangkan tentang ayat tersebut. Kenapa?
Supaya ia menjadi peringatan kepada diri sendiri tentang apakah intipati yang Allah swt mahu ketengahkan dalam ayat Al Quran tersebut.
Itulah yang dilakukan oleh Pengasas eNUUR dalam usrah suatu ketika dahulu sewaktu mula-mula berjinak dengan perkataan tagging pada al Quran.
Bila dah hampir penuh muka surat al Quran ditandakan, barulah terfikir, apa kata eNUUR wujudkan Al Quran Tagging bagi memudahkan orang ramai tahu apakah yang ingin Allah SWT ungkapkan bagi ayat-ayat suciNya.
Maka, lahirlah Al Quran Tagging dan eNUUR menjadi peneraju utama Al Quran Tagging di Malaysia pada waktu itu dan alhamdulillah pernah dijemput untuk bersiaran langsung dalam slot Rancangan Assalamualaikum TV Al Hijrah pada tahun 2018 sempena Hari Nuzul Quran.
Sedar tak sedar, kini perniagaan Al Quran Tagging menjadi semakin terkenal dan umpama cendawan tumbuh selepas hujan. SubhanAllah! Ramainya orang di luar sana berimpian untuk sama-sama bantu umat Islam pada hari ini untuk makin jatuh cinta pada Allah swt melalui pemahaman Al Quran , kitab suciNya.
Alhamdulillah kini, eNUUR memperkenalkan tagging Juzuk serta tagging khatam tracker untuk memudahkan orang ramai khatam 30 Juzuk dalam masa 1 bulan sahaja.
Bukan sahaja itu, eNUUR juga sudah mempunyai tagging bertema iaitu Tagging Khadeeja, Tagging La Tahzan dan Tagging As-Syifaa. Tagging Khadeeja berfokuskan tagging tentang wanita dan Tagging La Tahzan pula adalah inspirasi daripada Kitab La Tahzan karangan Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni yang menceritakan ayat-ayat al Quran yang memujuk hati yang sedang bersedih. Manakala Tagging As-Syifaa pula adalah tagging yang berteraskan doa-doa dalam Al Quran. Penghasilan tagging ini adalah kerjasama eNUUR bersama pensyarah-pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Al Quran di Kelantan.
Semoga tagging-tagging eNUUR ini akan membantu umat Islam pada hari ini untuk lebih kenal Allah swt melalui penghayatan Al Quran Tagging eNUUR.