eNUUR Sdn Bhd
6 Tahun Penubuhan Syarikat
Syarikat eNUUR Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Mac 2017, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
eNUUR Sdn Bhd membawa tagline “KEBERKATAN BERPANJANGAN“-.eNUUR Sdn Bhd tertumpu kepada produk islamik yang dipasarkan 100% secara atas talian dan merupakan peneraju utama Al-Quran tagging di Malaysia.
Al-Quran bertag ini selain dalam Malaysia, turut mendapat permintaan di peringkat antarabangsa seperti Brunei, Singapura, Indonesia, Dubai, Jepun, Switzerland, Perth, Mesir, Melbourne, Australia dan Austria.
Selain itu, pada tahun 2018, AlQuran tagging dari eNuur Sdn Bhd pernah dipaparkan dalam salah satu rancangan TV al-Hijrah iaitu “Assalamualaikum” sempena Hari Nuzul Quran.
Pada tahun 2019, Pengasas eNuur Sdn Bhd turut menerima Anugerah Ikon Usahawan sempena Hari Sayyidatina Khadijah Parlimen Kota Bharu. Justeru bagi menjaga kualiti produk, syarikat telah memilih pembekal dari syarikat yang telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri di setiap percetakan mushaf Al-Quran agar terjamin dan selamat digunakan sepenuhnya.
eNuur Sdn Bhd mula menyertai program TITAN di bawah Syarikat Richwork International Sdn Bhd pada Julai 2020 dan pada October 2021,eNuur telah mencapai GLADIATOR dengan pencapaian jualan lebih RM10 Juta dalam masa setahun.Alhamdulillah berkat izin Allah SWT eNuur berpeluang untuk menerima anugerah THE BRANDLAUREATE WORLD HALAL BEST BRAND E-BRANDING AWARD dalam Kategori LIFESTYLE PERSONALISED QURAN CRAFT 2021 pada 19 Jun 2021 setelah genap 4 tahun kami di pasaran atas talian.