Bulan Ramadhan penuh berkat menjelma lagi. Pada bulan inilah kita berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah dan amalan baik kerana
ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Berpuasa hukumnya wajib bagi setiap umat Islam yang sihat namun terdapat beberapa kelonggaran diberikan kepada yang uzur serta ibu mengandung.Kelonggaran ini diberikan bagi mengelakkan sebarang mudarat kepada kondisi kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.
Kebanyakan ibu mengandung agak keliru sama ada untuk turut berpuasa atau tidak. Sebelum bercadang untuk berpuasa, para ibu perlu ambil kira beberapa faktor dan ikuti panduan seperti di bawah.
1. PASTIKAN ANDA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN BERISIKO
Sebelum berhasrat untuk berpuasa, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.Cabaran terutamanya berlaku pada
3 Bulan Pertama Ini kerana ramai wanita mengandung yang cenderung kepada muntah yang berlebihan, keletihan, pedih ulu hati serta rasa mual yang keterlaluan.
2. BANYAKKAN BEREHAT & ELAK CUACA PANAS
Ibu mengandung perlu mendapatkan rehat secukupnya apatah lagi jika sedang berlapar dan dahaga. Elakkan daripada melakukan aktiviti berat bagi mengelakkan kepenatan. Atur semula rutin harian supaya anda masih dapat kekal bertenaga sehingga waktu berbuka puasa. Dapatkan pertolongan untuk menguruskan kerja-kerja di rumah.
3. LEWATKAN SAHUR, AMBIL MAKANAN BERNUTRISI TINGGI
Bersahur sangat penting lebih-lebih lagi untuk ibu mengandung. Pilih makanan berkhasiat dan lewatkan waktu bersahur agar dapat membantu memberi tenaga sepanjang hari di samping membuatkan diri rasa kenyang dengan lebih lama.Amalkan makanan bernutrisi seperti oat, badam, karbohidrat kompleks, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan supaya kesihatan anda dan tumbesaran kandungan terjamin. Makanan sebegini juga dapat memastikan sistem penghadaman berjalan dengan lancar.
4. MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK LASAK
Seperti yang kita tahu ibu mengandung adalah sangat tidak digalakkan untuk melakukan kerja berat seperti mengangkat kotak yang berat atau membuat aktiviti yang mementkan kerana itu akan mengakibatkan keletihan dan kelemahan pada tubuh badan serta memberi tindak balas yang tidak baik kepada kandungan.
Oleh itu,bagi ibu mengandung lakukanlah kerja-kerja yang ringan serta tidak mengakibatkan risiko kepada diri.Juga digalakkan pada ketika ramadan untuk ibu mengandung melakukan aktiviti amal ibadah lebih pada bulan biasa.
5. BANYAKKAN MELAKUKAN AMAL IBADAH DALAM BULAN PUASA
Seperti yang kita tahu bulan ramadan adalah bulan yang sangat kita nantikan dan seluruh umat islam mengejar melakukan ibadah,begitu juga dengan ibu mengandung.Pastikan bulan ramadan adalah bulan yang terbaik untuk anda latih anak anda ketika di dalam kandungan lagi untuk mendengar ayat-ayat suci alquran serta dengar benda-benda yang baik.
Ayuh semarakkan ramadan anda dengan menyertai Geng Taddarus Enuur (GTR-e) sekarang