AL-QURAN TAGGING UKIRAN NAMA NO 1 MALAYSIA

Buku Di Sebalik Setiap Rasa, Pasti Ada Rahsia-Nya

RM49.00RM377.00

(34 customer reviews)
Produk Deskripsi

“Di Sebalik Setiap Rasa, Pasti Ada Rahsia-Nya” ialah buku yang membimbing pembaca memahami emosi manusia melalui perspektif al-Quran. Buku ini menunjukkan bahawa setiap perasaan—seperti stres, sedih, risau dan sunyi, bukanlah kelemahan, tetapi sebahagian daripada perjalanan jiwa yang Allah izinkan untuk mendidik hati.

Melalui ayat-ayat al-Quran yang dipilih, buku ini:
• Menjelaskan makna di sebalik emosi yang manusia rasakan
• Menunjukkan bagaimana al-Quran memujuk dan membimbing hati
• Mengaitkan kisah dan hikmah spiritual dengan pengalaman emosi manusia
• Membantu pembaca kembali tenang dan dekat dengan Allah

Struktur buku dibahagikan mengikut emosi utama seperti:
• Stres
• Sedih
• Risau
• Sunyi
• Marah
• Gembira
• Cinta

Setiap emosi dihuraikan melalui beberapa ayat al-Quran yang menerangkan:
• sebab emosi itu wujud,
• hikmah di sebaliknya,
• serta bagaimana seseorang boleh memandang ujian emosi sebagai jalan untuk menjadi lebih kuat dan lebih dekat dengan Tuhan.

Buku ini membawa satu mesej utama:

‘Setiap rasa yang hadir dalam hati manusia sebenarnya membawa rahsia didikan daripada Allah.’

Ia bukan sekadar buku motivasi, tetapi panduan refleksi jiwa supaya pembaca belajar memahami emosi mereka dan menemui ketenangan melalui al-Quran.

Trademark

Setiap produk eNuur dipatenkan. Sebarang percubaan untuk membuat,menggunakan dan menjual tanpa kebenaran boleh dihukum oleh undang-undang. Lawati halaman CERITA KAMI untuk maklumat lanjut.

Pemulangan & Pertukaran

• Pemulangan wang dikembalikan jika terdapat permasalahan dari HQ
• Pertukaran atau pemulangan haruslah di dalam tempoh 30 hari sahaja
• Pastikan anda mempunyai bukti dan resit pembelian

Pengkhususan & Penghantaran

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman Penghantaran kami.

Maklumat Tambahan
Weight 0.3 kg
Dimensions 20 × 15 × 5 cm
Bilangan

1 Naskhah, Kombo 2 Naskhah, Kombo 3 Naskhah

Reviews 34
  1. Hara

    Alhamdulillah.
    Saya syukur sangat jumpa buku ni.
    Best dooh baca! Daripada tak tahu kisah srikandi Islam jadi tahu asbab buku ni. Lagi best bila faham makna tersirat kenapa Allah turunkan ayat tu dan betapa berkaitnya ayat al Quran dengan emosi harian kita. Penulisannya bukan saja healing bahkan ayatnya ringkas dan mudah faham. Terima kasih sudah keluarkan buku yang menarik ni! Love sangat3😘

  2. Fikri

    Alhmdulillah dapat menambah ilmu dan juga dapat pengetahuan tentang sejarah ii nabi dan para sahabat.recommend sangat ii.

  3. Mirza

    Alhamdulillah seronok sangat baca Buku ni.Haritu saya baca emosi sunyi sesuai dengan keadaan saya.. saya selalu rsa kosong.Yaa Allah..Sebenarnya Allah selalu ada dekat sangat dengan kita,cuma kita je yang tak igt dia.Lepas baca buat saya rasa dekat sangat dengan Allah…Tak rasa sunyi dah bila tahu Allah selalu ada dengan kita🥰

  4. Hasyaz

    Lepas baca buku ni, saya faham yang setiap ujian dan rasa yang kita rasa tu tak salah..

    Even rasa marah sekalipun tak salah, cuma macam mana kita nak handle rasa marah tu, zikir apa? Doa apa? Semua di share dalam buku ni..

    Buku ni mengajar saya untuk validate apa sahaja perasaan yang Allah bagi, dan belajar macam mana nak berdepan dengan setiap emosi setiap hari ..

    Lepas saya baca buku ni, Benarlah… disebalik setiap rasa, pasti ada rahsiaNya

  5. Anyss

    Bukan sekadar buku biasa,
    tapi macam teman yang faham perasaan kita.

  6. Luqmannn

    Alhamdulillahhh tak sangka buku secomel ini dpt bagi banyakk rahsia yg tersirat. Sesuai dgn emosi seseorg, pelbagai perasaan yg ada dan relatee sgt dgn kehidupan kita😍

  7. Din Hensem

    Buku ini membuka mata saya tentang pentingnya memahami emosi sendiri. Saya sedar bahawa selama ini saya kurang memberi perhatian kepada perasaan sendiri. Selepas membaca buku ini, saya lebih peka dan cuba mengawal reaksi dalam situasi tertentu.

  8. Atiqah

    Alhamdulillah buku yang sangat menyentuh jiwa. Dpt menenangkan hati.

  9. Anis

    Alhamdulillah, saya sangat seronok membaca buku ini. Baru-baru ini saya membaca Emosi Sunyi yang sangat bertepatan dengan keadaan diri saya yang sering rasa kosong. Ya Allah… sebenarnya Allah sentiasa dekat dengan kita, cuma kita yang sering terlupa untuk mengingati-Nya. Selepas membaca, saya rasa semakin dekat dengan Allah. Rasa sunyi itu pun hilang apabila kita sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita 🥰

  10. Bella_

    Bagus buku ni, santai dan bahasa yg digunakan mudah difahami utk hati2 berduka laraa😭😭😭

  11. Anonymous

    Bila baca buku ni, saya merasakan saya diberi teguran dan pesanan yg menyentuh hati kerana ianya sendiri dtg dari ayat2 Quran. Kdg2 kita risau fikir masa depan tanpa sedar yg kita ad Allah sebaik2 perancang dan pengatur hidup. Isi buku yg bagus, ada teguran, pesanan dan zikir yg boleh sy amalkan. Sangat bermanfaat.

  12. Anonymous

    Alhamdulillah selesai baca buku ini. Saya suka pendekatan yang digunakan oleh penulis dimana setiap ayat Al Quran yang ditadabbur, penulis sertakan sekali dengan ibrah dari kisah para sahabat dan isteri-isteri nabi ✨ .

    Buku ini juga ada banyak section yang mana merangkumi beberapa perasaan dan ujian kita yang terdiri daripada stres, sedih, gembira dan lain-lain.

    Feedback yang mungkin boleh diperbaiki :
    – Bahagian isi kandungan, mungkin boleh nyatakan tajuk/keywords setiap ayat yang ingin dikupas

  13. AmArNy

    Fahami emosi,atasi dengan ilmu,sembuhlah dengan doa. Tiga perkara penting yg Sy dpt Dr buku ini. Buku ini adalah naskah yg terindah untuk jiwa yg membawa kita pulang pada Allah. Buku ini mberi jawapan pd persoalan2 sy. Satu naskah yg mbuatkn hati ini berdamai dengan setiap rasa yg hadir. Terima kasih.

  14. shazreen

    saya sangat suka buka ini sebab dia ada kisah kisah teladan yang boleh kita ambil untuk dijadikan refleksi diri kepada kita. doa doa yg ada dlm buku tersebut sangatlah bagus dan quotes yg ada dlm buku memang menusuk ke jiwa❤️

  15. nur shawani

    Saya baca buku nie semasa saya mengalami keadaan emosi risau dan stres.Dalam buku nie ada jawapan untuk memujuk hati yang tengah risau dan stres,kata2 dan doa sangat terkesan dekat saya.Dan sekarang doa2 yang ada dalam buku nie dah saya amalkan.

  16. Zubir

    alhamdulillah buku ni bagus sgt.. bahasanya lembut je, menenangkan. buku ni blh tlg guide cara yg betul utk settle down kan emosi tu. semuanya based on ayat Quran.. ada diselitkan real story jgk dari kisah2 org terdahulu, sgt mnusuk hati. recommended utk smua muslim. 👍🏼👍🏼✨💯

  17. Zahiah

    Alhamdulillah, buku ini benar-benar menyentuh jiwa kerana setiap helaian seolah-olah memujuk hati yang penat. Penulis mengingatkan bahawa setiap luka, setiap tangis dan setiap rasa yang hadir bukan sia-sia, tetapi tanda kasih sayang Allah yang ingin mendekatkan kita kepada-Nya.

    Buku ini mengajar saya untuk lebih tenang dan berdamai dengan takdir, dan percaya bahawa di sebalik setiap ujian, pasti tersimpan hikmah yang indah. Kadang-kadang kita tidak faham sekarang, tetapi Allah tidak pernah merancang sesuatu tanpa sebab.

    Buku ini sesuai untuk sesiapa yang sedang mencari kekuatan dan juga ketenangan dalam mengahadapi pelbagai cabaran hidup.

  18. Zahiah

    Alhamdulillah, buku ini mengajar saya untuk lebih tenang dan berdamai dengan takdir, dan percaya bahawa di sebalik setiap ujian, pasti tersimpan hikmah yang indah.

    Kadang-kadang kita tidak faham sekarang, tetapi Allah tidak pernah merancang sesuatu tanpa sebab. Di setiap ujian yang Allah berikan adalah tanda kasih sayangNYA pada kita

  19. Ayuni

    Terima kasih released buku ni. Bila baca buku ni ia jadi “suara” yang faham penat saya. Kadang-kadang, bila saya uruskan staf, saya kena tunjuk muka yang kuat dan tegas. Tapi dalam hati, ada masa saya rasa tepu. Buku yang mendalam seakan-akan faham beban tanggungjawab saya pada usia 32 tahun ni. Ia tak menghakimi saya bila saya rasa nak mengalah, sebaliknya ia beri saya ruang untuk “reboot” semula mental saya sebelum masuk pejabat esok pagi.

  20. Yatiii

    Honestly saya bukan jenis suka baca buku macam ni, tapi buku ni lain. Mula-mula baca seakan buku ini faham apa yang saya pendam selama ni seolah macam ada yang pujuk hati tanpa kita sedar. Kalau tengah penat, serabut atau rasa kosong, buku ni memang sesuai sangat. Cara dia kaitkan emosi dengan ayat Al-Quran tu buat saya lebih faham perasaan sendiri.

  21. Yatiii

    Honestly saya bukan jenis suka baca buku macam ni, tapi buku ni lain. Mula-mula baca seakan buku ini faham apa yang saya pendam selama ni seolah macam ada yang pujuk hati tanpa kita sedar. Cara dia kaitkan emosi dengan ayat Al-Quran tu buat saya lebih faham perasaan sendiri.

  22. NANAD

    Honestly, buku Disebalik Rasa Pasti Ada Rahsia ni memang sangat relate dengan hidup kita. Banyak part yang buat saya rasa “eh, macam kena dekat diri sendiri”.

    Cara penulisan dia simple je, tapi deep. Kadang baca sikit je dah boleh buat kita termenung fikir pasal hidup, pasal perasaan yang kita selalu pendam.

    Apa yang saya paling suka, buku ni ajar kita untuk terima setiap rasa tu. Sedih, kecewa, semua tu bukan sia-sia. Mesti ada sebab dan hikmah di sebaliknya.

    Kalau korang tengah down atau nak cari something yang tenangkan hati, memang recommend baca buku ni. Simple, tapi betul-betul sampai 💛

  23. Ila

    Ayat-ayat dalam buku ni bukan sekadar untuk dibaca, tapi untuk difaham, untuk direnungkan dan untuk dirasai. Bahasa yang digunakan sangat santai, lembut dan mudah faham dan cukup untuk sampai ke hati.

  24. Nabila

    Ayat-ayat dalam buku ni bukan sekadar untuk dibaca, tapi untuk difaham, untuk direnungkan dan untuk dirasai. Bahasa yang digunakan sangat santai, lembut dan mudah faham dan cukup untuk sampai ke hati.

  25. Nurin Farisha

    Buku ini memberi makna di sebalik setiap rasa yang dialami dalam kehidupan sama ada gembira, sedih, kecewa, atau stres. Ia menekankan bahawa setiap emosi bukan sekadar perasaan sementara, tetapi ada rahsia dan hikmah yang boleh mendidik hati serta membentuk jiwa yang lebih matang.

  26. Danial

    Alhamdulillah dah lama mencari buku sepertu ini. Lepas baca buku ni, baru saya faham… selama ni saya bukan penat sebab masalah, tapi penat sebab terlalu banyak berfikir tentang benda yang belum tentu berlaku.
    Buku ni tak ajar untuk hilangkan risau sepenuhnya, tapi ajar macam mana nak tenang walaupun risau tu masih ada.
    Dan yang paling kena , tak semua benda dalam hidup ni kita kena kawal. Kadang, kita cuma perlu lepaskan… dan percaya.

  27. Danial

    Alhamdulillah dah lama mencari buku seperti ini. Lepas baca buku ni, baru saya faham… sebenarnya risau ni kita tak boleh hilangkan tapi kita boleh kawal. Buku ini tak bagi nasihat kosong tapi ayat ayat dalam buku ini ajar saya faham tentang risau. Amat ii recommended.

  28. Sulaiman

    Saya baca bab ‘cinta’.. Baru baca awal permulaan bab yang mengatakan “Cinta yang Allah Reda takkan buat hati gelisah”

    OMG, im blushinggg bila baca ayat tuu😍😍

  29. Kayu manis

    Alhamdulillah, sejujurnya buku ini membawa saya menyelami rasa sedih dan kecewa yang sangat dalam, seolah-olah setiap halaman memahami luka yang tidak pernah diluahkan. Dalam diam, saya teringat kisah Nabi Yaakub yang sabar dalam tangisan, dan Nabi Ayub yang kuat dalam penderitaan.
    Dari kisah mereka, saya belajar bahawa kesedihan bukan pengakhiran, tetapi satu perjalanan menuju kekuatan.
    Apabila menutup buku ini, hati terasa lebih ringan—seperti ada harapan baru yang perlahan-lahan menyembuhkan. ✨

  30. Ariatie

    masya Allah sgt best pengisian buku ni.
    Dalam hidup di dunia, kita cuma perlukan Allah.📘 Buku “Di sebalik setiap rasa, pasti ada rahsiaNya” adalah teman terbaik dn utk kita kembali tenang

  31. Nur

    Bila baca buku ni, sy rasa seperti sdg ditegur dan dipujuk dalam masa yang sama. Pesanannya sangat menyentuh hati kerana datang terus daripada ayat-ayat Al-Quran. Kadang-kadang kita terlalu risau fikir tentang masa depan, sampai terlupa bahawa kita ada Allah, sebaik-baik Perancang dan Pengatur hidup.

    Yang buat buku ni lagi power, bukan sekadar isi yang bagus, tapi penuh dengan teguran, pesanan, dan juga zikir yang boleh terus diamalkan dalam kehidupan harian. Memang rasa kena dan memberi kesan yang mendalam.

    Sangat bermanfaat, terutamanya untuk sesiapa yang sedang mencari ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi kehidupan

  32. ZUL

    Paling kuat adalah mesej bahawa “sunyi bukan tanda ditinggalkan”—ini sangat relevan dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang sedang melalui fasa kesunyian.

    Secara keseluruhan, penulisan ini bukan sahaja indah, tetapi juga menyembuhkan. Ia memberi ruang untuk pembaca merenung, merasa, dan akhirnya menemukan harapan dalam diam. ✨

  33. Noorwatika

    Saya tertarik dengan first expression buku ni menarik perhatian saya, terus membeli tanpa fikir panjang kerna rasa ia kena dengan situasi dan perasaan yang sedang melalui skrg. Alhamdulillah skrg, hadap dengan tenang tanpa kesahkan tepi kain orang lain. Tenang is the best things.

  34. Hijrah Pena Senja

    Santai tapi ‘deep’. Penulisan yang jujur dan sangat membantu untuk kita lebih hargai rasa dalam diri. Recommended!

Add a review

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SKU: BUKU Category:
Updating…
  • No products in the cart.